CIDB Malaysia : Apakah Peranan Mereka ?

CIDB Malaysia

CIDB Malaysia

Tahukah anda siapakan dan apakah peranan CIDB ? CIDB Malaysia atau nama sebenarnya ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM). Merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya. Ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia. Membawa tujuan ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Objektif CIDB

Objektif utama CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti yang baik dalam industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi Utama CIDB di Malaysia

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan kerja pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran kad personel binaan (kad hijau) untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB juga berfungsi untuk menguruskan aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik serta perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB. Supaya tuntutan dapat dibuat sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja pembinaan di Malaysia. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran. Sila Pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di kadhijau.com

 

Kongsi Artikel Ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?