Langkah- Langkah Renew Kad Hijau CIDB Secara Online

Cidb Kad Hijau

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew kad hijau CIDB dengan kadhijau.com.

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari KadHijau.com

Layari laman web kami kadhijau.com dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB dan “Kontraktor CIDB”. Klik pada pilihan “Kad Personel Binaan CIDB”. 

Kad Hijau CIDB

 

Langkah 2 : Pilih Jenis Pemohonan

Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.

Cara renew kad hijau CIDB

Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan Renew CIDB

Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Borang Permohonan

Borang 2

Langkah 4 : Bersetuju Dengan terma & Syarat

Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”. 

Borang 2

Langkah 5: Buat Bayaran

Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunya perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada kami melalui bantuan@kadhijau.com atau hubungi/whatsapps kami pada talian 0189040059. Pihak kami akan bantu anda.

Bayaran Cara Renew Kad Hijau CIDB

Langkah 6 : Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Pas sementara cara renew kad hijau CIDB

Langkah 7 : Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB

Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web kadhijau.com dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

Kongsi Artikel Ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?